Friday, 10 February 2012

satu titik noktah 2



BAB DUA-SUSPEK-SUSPEK
Rumah D (Diana),Seremban

D meneliti gambar-gambar. Mangsa, Mazlan bin Muslim, 24 tahun.
“Ada yang tak kena!” Getus D.
Berfikir. Mazlan Muslim. Mempunyai seorang abang. D mengalih pandangan. Diari hitam. Diari Mazlan Muslim.
Sudah dua hari D membaca diari Mazlan Muslim. Tak ada apa yang istimewa. Cerita tentang dia. Tentang abangnya, Ijat. Mazlan seorang doktor. Tapi atas sebab masalah mental dia terpaksa berehat selama beberapa bulan.

Mazlan ada cerita, mengenai gadis bernama Ros. Dia menyukai Ros. Sangat.

“Kenapa mangsa bunuh diri? Betulkah ‘suicide’?
D berfikir. Tak sedar azan maghrib berkumandang.

Bangun. Ke bilik air. Berwuduk. Memakai telekung.
Tenang dia menunaikan kewajipan sebagai hamba. Berfikir. Kenapa perlu berbunuhan? Atau bunuh diri? Bukankah Allah menjanjikan neraka terhadap mereka yang membunuh diri? Tak faham. Geleng sendiri.

Meski berperwatakan kasar, dia tetap ingat Tuhan. Dia mahu berubah. Mungkin kerana dia seorang perempuan dalam keluarga. Umi meninggal selepas melahirkannya. Atasnya 5 orang abang.

Masa kecil-kecil dulu teringat. Selalu main polis-pencuri dengan abang-abangnya.

Sekarang D seorang anggota polis. Abah melarang.

Tapi apa abah boleh buat. Anaknya cukup degil. Tak dengar kata. Ketegar.

“Tak payah la masuk Akademi Polis. Kamu tu perempuan, bahaya.”
Abah bersuara. Nada tinggi.

D diam. Tak bersuara. Menjawab nanti derhaka. Dalam diam, dia mendaftarkan diri juga.
Dengan bantuan abang sulung, Aie. Aie mamahami D.

Tanpa pengetahuan abah, dia berjaya masuk Akademi Polis. Puas hati. Tapi menipu abah. Rasa bersalah. Akhirnya.

“Abah, D dapat masuk akademi polis.Minggu depan mendaftar. Tak boleh tarik diri.” D bersuara lembut. Bersedia dengan sebarang kemungkinan. Dimarah atau dilibas dengan tali pinggang seperti kecil-kecil dulu.

Aie ada bersama. Kalau tidak, D tak berani. Aie sebagai back up D.

Aie memang sayang adik bongsunya yang seorang itu. Apa sahaja kehendak D biasanya Aie bersetuju. Aie sangat yakin dengan D. D pandai jaga diri. Berdikari. Dia kenal adiknya. Tapi abah.

Abah risau agaknya. D anak bongsu. Perempuan tunggal pula tu.

Tapi impian D. Aie tak sanggup hancurkan harapan adiknya.

“Abah, benarkanlah D.” Aie akhirnya bersuara.

D tenang sikit. Dari tadi lama abah tak bersuara. Marah atau beri kebenaran. Tak tahu.

“Diana, kamu tu perempuan. Jaga diri. Kerja polis itu bahaya. Abah bukan melarang cita cita kamu. Tapi, siapa nak jaga abah kalau kamu tak ada”

Akhirnya abah bersuara. Nada tak setuju. Tapi sekurang-kurangnya abah berkata-kata. Dari tadi, senyap. Lebih menakutkan.

“Abah jangan risau. D jadi pegawai polis nanti, kerja di pejabat saja. Tak terlibat dengan penjenayah dan orang yang bahaya ni.”
D memujuk.

Abah diam. Lagi.

Suasana menakutkan.

Akhirnya. Aie redakan keadaan.

“Betul tu abah. Jadi anggota polis tak semestinya kejar penjenayah. Tak mesti bahaya. Ajal di tangan tuhan abah.”
Aie memujuk lagi.

D tarik nafas. Lega. Alasan Aie kedengaran boleh diterima.

“Kalau begitu. Pergilah Diana”

Akhirnya. Abah benarkan. Hati D melonjak-lonjak.

Aie lega. Tugas selesai. Fuh. Senang hati sikit. D. tak habis cetus kontroversi dalam keluarga. Anak paling degil tapi berdikari.

D senyum. Teringat arwah abah. D tak menangis. Sebak. Capai surah Yaasin. Malam ni malam Jumaat. Kebetulan. Biasanya jika ada saja kelapangan, D akan baca Yaasin untuk arwah abah dan arwah umi.

Bacaan Yaasin terhenti. Dengar bunyi telefon. Lagu Grenade berkumandang.

“easy come.. easy go, that just how you live, oh take take take it all but you never give..”
Tak sempat habis nyanyian Bruno Mars. D tekan butang hijau.

“Assalamualaikum, Abang Aie.”
“Waalaikumussalam. D apa khabar? Sihat?”
“Sihat. D ok je kat sini. Pandai lah D jaga diri sendiri.” D menjawab, sambil senyum.
Lama tak dengar suara Aie. Rindu.
“Ok, jaga diri baik-baik. Tak boleh tukar ke posisi pejabat ke? Kerja lapangan ni…. Bahaya”
Perkataan bahaya ditekan.

Dah mula dah. Dah mula lagi, Aie mengungkit. Berkali-kali. Walau abah sudah tak ada, Aie tetap ada. Untuk berleter. Macam arwah abah.

Macam biasa. Risau dengan diri dan kerjanya. Apa salah kerja buru penjenayah. Dapat pahala.
Bosan. Tapi syukur. Ada orang risau tentang dirinya.

D ingat lagi janji dengan abah. Takkan buru penjenayah. Kerja di pejabat. Tapi takdir. D ditugaskan kerja di lapangan. Bahagian siasatan.

Walau abah dah tak ada. Aie, abang sulungnya masih ada. Sekarang keadaan bahaya. Aie dah mula tunjuk tanda-tanda nak mengungkit pasal perkara tu. Lagi. Entah ke berapa ratus atau ribu kali entah.

D cepat memotong. Tak nak dileteri. Dah cukup rasanya. Nak berdarah telinga ni.
“D sedang dalam proses nak tukar. Dalam proses permohonan. Abang jangan risau. Tak lama dah nanti D kerja kat bahagian pejabatlah. Tak bahaya lah. Lagipun sekarang tak banyak kes bahaya-bahaya. Kes semua biasa-biasa je” Panjang penerangan D. Hati berdoa. Janganlah Aie berleter. Janganlah…….

Doa D makbul.
“Ok lah. Abang pun ada kerja ni”
Yes. D bersorak dalam hati. Tak kena berleter. Letih dah.
“Ok, kalau ada kerja tak apalah. Assalamualaikum” Riang aja suaranya.
“Wa’alaikumussalam” Aie jawab salam. Panggilan dimatikan.

D capai Yaasin kembali. Dalam separuh lagi tak habis. Tak sampai berapa ayat dibaca, handset berdering.

Apa hal lagi Abang Aie ni.. Oh tidak.

Di sebuah gerai makan

“Malik, ada kat mana?” Suara Kasim di hujung talian
“Ada kat gerai ni lah. Hujung sekali. Aku pakai t-shirt warna biru laut” Malik menjawab.

Talian mati.

Malik memandang sekeliling. Betul pun. Seperti malam semalam, kerja, lagi. Tapi kali ini membantu rakan. Banyak jasa Kasim terhadapnya. Tak mungkin dia menolak untuk menolong Kasim.

Berfikir. Kasim. Taiko sekolah dulu. Gangster. Kemungkinan ada musuh memang besar. Siapa agaknya? Fikir lagi. Imbas kembali.

Asrama Lelaki (7 tahun lepas)

Umur Kasim, Malik dan Lan sewaktu itu 17 tahun. Calon SPM.

Kasim terbaring atas katil. Baca komik. Malik dan Lan sibuk belek buku Sejarah. Esok ada ujian.

Kasim pandang Malik dan Lan.

“Study apa?” Tanya.
Malik menoleh. Pandang Kasim. Masih baca komik.
“Sejarah. Esok ada ujian. Tak nak study ke?”
Tanya Malik.
Kasim geleng. Kejap lagi lah.
“Banyak kerja hari ni. Esok ujian lagi. Baju tak basuh lagi.” Lan bersuara.

Kasim menoleh.
“Banyak baju ko? Mintak tolong Nazmi basuhkan”
“Mintak tolong ke paksa?” Lan tanya.
Kasim buat muka selamba.
“Mintak tolong la.”

Luar pagar sekolah

“Tolong lah, Mat. Pegangkan handset aku. Rumah aku jauh. Nak contact mak ayah susah. Ko seorang aja boleh tolong.” Kasim merayu. Lagi.

“Tolong lah aku..”
Mat bosan. Akhirnya.
“ Oklah. Aku tolong. Sekali saja. Jangan bagi tahu sape-sape aku tolong pegangkan. Handset kau sorang je tau.” Mat setuju dan beri amaran.

Walaupun Kasim taiko sekolah. Dia baik. Suka tolong orang. Akhirnya cikgu lantik jadi pengawas. Malik pelik. Lan yang skema tak di lantik pun.

Seorang lagi. Joey. Mamat ni pendiam aje. Pengawas perpustakaan. Tak suka cari masalah.

Gerai makan

Malik lihat jam berkali-kali. Mana Kasim.

Setelah imbas kembali. Nazmi, Mat, Joey, dan Lan.

Lan? Tak mungkin. Mereka kawan sejak kecil. Nazmi, Mat dan Joey. Suspek utama.

Bahu Malik disapa. Kasim tiba.

“Assalamualaikum.” Kasim beri salam.
“Waalaikumusalam.” Malik jawab.
“ Betul ke, pembunuh Ros sekelas dengan kita dulu?”
Malik bertanya.

Kasim angguk. Yakin.
“Sebelum pembunuh pergi, aku masih ingat lagi. Kata-katanya.”

“‘Tak kenal? Kita kan sekelas. Khalid al-Walid. Tak ingat?” suara pembunuh hadir di minda Kasim.

“Suara pembunuh tu pun. Kedengaran biasa didengar” Kasim menyambung.
“Aku dah pun kecilkan skop suspek..” Malik bersuara.
“Siapa?”
“Joey, Mat, dan Nazmi. Lan tak mungkin.”
“Lan memang tak mungkin. Tapi masukkan jugak dalam senarai suspek”
“Kenapa?”
“Aku tak percaya sesiapa selain engkau Malik. Tak percaya”
“Ikut lah. Tapi aku yakin Lan tak terlibat. Siasat mengenai Joey, Mat dan Nazmi dulu.”

Kasim termenung.
“Nazmi… dan juga Suraya. Siasat mereka dulu.”
Malik angguk. Nazmi dan Suraya. Suspek yang di anggap relevan.
Rumah Malik

Dia giat berfikir. Suraya. Suspek paling utama.

Motif? Fikir lagi.

Tunang Suraya. Meninggal kerana kemalangan.

Kemalangan. Tapi mempunyai kaitan dengan Kasim.

Imbas kembali apa yang Malik ceritakan kepadanya.

Tunang Suraya, terbunuh ketika menjalankan tugas bersama-sama Kasim.

Suasana kelam kabut. Kejadian di sebuah bank. Perompak cuba melarikan diri. Bersenjata.

Mereka sedar mereka dikepung. Cuba mencari tebusan. Berjaya.

Kasim ketika itu asyik memerhati perompak yang sedang memasukkan duit di dalam karung. Rompakan pada hari itu telah dijangka. Kasim menyamar sebagai orang biasa. Tanpa pistol. Masuk ke bank yang bakal di rompak. Memang berani.

Tapi, nasib tak menyebelahi. Polis datang lambat. Perompak mula menyedari. Mereka dalam bahaya. Perompak bank, tiga orang kesemuanya.

Kasim yang berada di situ di jadikan tebusan. Tunang Suraya, Fendi, cuba menyelamatkan keadaan. Akhirnya dia terbunuh demi menyelamatkan Kasim.

Rumah D
Lihat handset. D lega. Bukan Aie.

Irsyad memanggil.

“Assalamualaikum. Apa hal?” D bertanya. Mendatar.
“Waalaikumussalam. Nak jumpa malam ni. Dengan Mastura sekali.”
“Tentang apa?”
“Kes Mazlan Muslim. Ada klu baru”
D berminat. Kes Mazlan Muslim. Petunjuk baru.
“Boleh aja. Kat mana?”
“Tempat biasa. Mastura aku dah inform”
“Ok. Tak ada masalah. Lepas Isyak?”
“yup”

Talian dimatikan.

D duduk atas sejadah kembali. Bacaan Yaasin diteruskan. Lepas ni, siasat tentang kes Mazlan Muslim.
Pasti akan selesai secepat mungkin. InsyaAllah.

Tak lama, azan Isyak berkumandang. Selesai doa, D menunaikan solat Isyak. 4 rakaat. Khusyuk. Usai solat, angkat tangan. Doa.

Akhir doa.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini”

D bangun. Bersiap jumpa Irsyad dan Mastura.

Komited and exited.

Restoran Syah

“Mana D ni?” Mastura bertanya.
Irsyad geleng. Sibuk meneliti satu dokumen. Mengenai kes Mazlan Muslim. Kes bunuh diri.
“Biasanya D datang awal” Mas merungut.
Irsyad mengangkat muka.
“Haah, pelik. Biasanya awal minah tu.”

“Mas.”
Irsyad memanggil.
“Apa?”
“Kau rasa Mazlan memang bunuh diri ke?”
Irsyad bertanya.
Mas geleng.
“Sebab ni aku nak jumpa korang berdua. Aku tak yakin dia bunuh diri.”
“Kenapa?” Irsyad bertanya.
“Bukti. Kita tunggu D. Lepas tu aku terangkan.”

“Assalamualaikum.”
D sampai. Bert-shirt dan seluar slack. Tudung hitam. Ringkas.
“Waalaikumussalam.” Irsyad dan Mas menjawab. Hampir serentak.
“Maaf, Mas, Irsyad. Aku cari maklumat sikit”
“Tak pe. Jum mulakan” Irsyad menjawab.
“Ok.” Mas dan D menjawab.

“Kes Mazlan Muslim. Sebab kematian. Bunuh diri. Lebih tepat, menggantung diri. Sebelum Mazlan Mati, dia mengambil dadah jenis halusinogen.”
Irsyad bersuara dahulu. Selaku ketua.

“Benar. Mulanya aku agak ragu-ragu Mazlan Muslim bunuh diri. Tadi aku cari mengenai bunuh diri.
Mazlan Muslim mempunyai sedikit gangguan mental. Jadi tak mustahil dia membunuh diri. Kita sedia maklum efek mengambil dadah halusinogen akan mengakibatkan individu menjadu khayal. Jadi, diluar sedar, tak mustahil dia membunuh diri.Nota bunuh diri juga di jumpai kan?.”
Panjang lebar D menyambung.

“Betul. Aku nak tanya korang berdua.” Mas bersuara. Berhenti seketika.
“Apa kegunaan sebenar dadah halusinogen?”

Irsyad dan D giat memerah otak. Berfikir.
Pantas Irsyad menjawab.
“Bagi tujuan perubatan lah”
“Lagi?” Mas bertanya. Sengaja wujudkan teka teki.
“Ia bergantung.” D manjawab.
“Maksudnya??” Mas bertanya.
“Seperti kebanyakan dadah, ia bergantung kepada sifat kimia dan juga jumlah dos. Dadah halusinogen boleh digunakan untuk tujuan perubatan, narkotik atau beracun. Macam aku katakan tadi. Semuanya bergantung.”
“Bagus. Dalam erti kata lain. Dadah halusinogen juga boleh membunuh jika digunakan dalam dos yang berlebihan.”
Akhirnya Mas menjelaskan.
“Tak faham.” Irsyad bersuara.
“Dadah dalam tubuh Mazlan Muslim didapati mempunyai dos berlebihan. Mazlan Muslim mengambil dadah sebelum menggantung diri. Persoalan di sini betul ke Mazlan mengambil dadah? Atau dipaksa mengambil dadah?” Mas menjelaskan.

Irsyad mula faham. Satu demi satu persoalan mula terjawab dan menjadi jelas.
“ Mazlan Muslim di bunuh dahulu sebelum di gantung. Bermakna dia telah mati sebelum dikatakan menggantung diri. Ini ke yang kau cuba katakan Mas?”

Mas menganguk.
“Genius Irsyad. Genius.”

“Aku dah dapat rasakan.” D bersuara.

“Sekarang suspek untuk pembunuh Mazlan Muslim?” Mas bertanya pula.

“Ijat, abang Mazlan.” Irsyad menjawab pendek.

“Cuma Ijat?” D bertanya.

Irsyad angguk.

Satu Titik Noktah
Bab dua.. (suspek) berakhir..
bersambung................
written:by fatimah zahra

0 comments:

Post a Comment