Tuesday 7 February 2012

satu titik noktah


BAB SATU-DARAH HALAL
1
Sehari sebelum majlis perjumpaan semula
Lan menarik kerusi kayu. Tali tergantung di syiling berayun-ayun bergerak. Naik atas kerusi dan memegang tali. Berhenti dan kemas pegangannya. Kepala dimasukkan kedalam ikatan dan melompat dari kerusi kayu. Lan menggelupur. Akhirnya dia tak bergerak lagi.

Dua hari selepas kematian Ros
“Daripada Ibn Masud r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: ‘tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana tiga perkara: Berzina, pada hal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada Jemaah (murtad).”

Suara Ustaz Roslan lancar menuturkan maksud hadith. Buku Hadith 40 Imam Nawawi penulis Ustaz Zahazan dan Haji Muhammad Zakaria di tangan.

Kasim menarik nafas. Minda difokuskan kepada kata-kata Ustaz Roslan. Tidak halal darah seorang muslim kecuali kerana tiga perkara, berzina,membunuh dan murtad. Ya, darah seorang pembunuh adalah halal. Kasim melepaskan nafas. Air mata ditahan. Dada sarat dendam. Pembunuh harus dicari dan di beri pengajaran yang setimpal. Ya, darah si pembunuh adalah halal. Halal.

Majlis perjumpaan semula pelajar kelas Khalid al-Walid
Kasim dan Ros keluar dari kereta. Kasim dan Ros telah bertunang sejak 3 tahun lalu. Ikatan antara mereka telah terjalin sejak sekolah menengah lagi. Meraka sekelas, Khalid al-Walid.
Perjumpaan semula pelajar Khalid al-Walid seramai 18 orang. Lapan lelaki, sepuluh perempuan. Semuanya hadir. Kasim,Malik,Joey,Lan,Mat,Nazmi.
Perempuan, Ros,Mila,Sara,Farah,Hani,Intan,Qistina,Atikah,Suraya.
Umur mereka sebaya. 24 tahun.
Perjumpaan semula dibuat di hotel. Masing masing kelihatan membawa teman kecuali Lan. Mazlan Muslim nama sebenar. Dia kelihatan tenang dan pendiam. Duduk sendiri menjauhi orang lain.
Kasim perasan. Dia mendekati Mazlan atau disapa sebagai Lan. Kasim memang ramah.

‘Lan, lama tak dengar cerita’
‘Oh, ya’
Lan hanya tersenyum. Dia kelihatan tidak pedulikan apa-apa. Tangannya memegang buku hitam. Diari agaknya.

‘Jemputlah ke majlis perkahwinan aku dan Ros, seminggu lagi.’ Kasim mengajak.
‘Aku pasti datang. Macam mana Ros? Sihat?
‘Sihat, jom aku bawa kau jumpa dia’
Lan menurut.
‘Assalamualaikum’
Suraya berpaling.
‘Waalaikumussalam. Lan, lama tak dengar cerita. Engkau apa khabar?’
‘Oh, Suraya. Aku ok. Aku seorang doktor sekarang. Bekerja di Hospital Seremban.’

Perbualan mereka terhenti.
‘Lan, tengok lah ni, bakal isteri aku.’ Ketawa.
Ros mengacah mencubit.
‘Lan, apa khabar? Kau ok? Macam tak sihat? Aku lihat engkau dah berubah. Makin kurus sekarang’
Lan ketawa.
‘Biasalah tu. Kerja bertimbun. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat.’
Wajah Suraya mulai berubah.
Kehadiran Kasim dan Ros agak tidak menyenangkan.
‘Aku ada urusan sebenarnya. Aku minta diri dulu.’ Suraya bersuara tiba-tiba.
Kasim, Ros dan Lan terpinga. Semua tahu apa sebab sebenarnya. Kasim membiarkan sahaja.
Lan muka selamba. Ros kelihatan serba-salah.
‘Suraya, kejap’
‘Saya ada hal nak cakap dengan Suraya kejap’ Ros memandang Kasim. Harap untuk difahami. Kasim mengangguk. Lan juga.

Jauh dari Kasim dan Lan. Ros tidak mahu perbualan mereka didengari.
‘Maaf jika aku menyakitkan hati engkau’ Ros berkata tanpa memandang Suraya. Wajah Suraya berubah.
‘Ros..Ros’
Ros memandang.
‘Aku ok tak ada hal. Jangan risau.’ Tersenyum.
‘Takziah atas kematian tunang engkau’
‘Terima kasih’ wajah Suraya tetap mengukir senyum.
‘Aku cuba tuk lupakan dia tapi..’ suara tersekat disitu… wajah Suraya berubah.
‘Bersabar.. sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.’ Ros memujuk.
Suraya mengubah topik.
‘Aku terpaksa balik dulu. Abang aku ada hal sikit’
Ros cuma angguk. Membiarkan Suraya pergi.

Lan dan Kasim ketawa besar. Entah apa yang dibualkan.
Ros menggeleng kepala. Susah percaya satu ketika dahulu mereka musuh. Kasim, taiko sekolah. Manakala Lan, pelajar cemerlang, skema. Hobi Kasim, membuli dan menindas. Tapi siapa tahu, hatinya cukup baik. Kasim berjaya memikat hati Ros. Berlainan dengan Lan, lebih sopan. Kata-katanya tertib. Orang bijaklah dikatakan..

Perbualan Lan dan Kasim terhenti. Malik muncul. Memandang Lan dengan tajam.
‘Celaka punya kawan.’
Lan berwajah selamba.
Tiba-tiba ketawa. Kata-kata kasar Malik terhadapnya dianggap seakan lawak.
Malik terdiam. Geram.
Lan sedar. Berhenti untuk memulihkan suasana. Malik tak main-main.
‘Maaf kawan. Aku sibuk.’
Malik tetap berwajah masam.
‘Sampai lansung tak contact aku. SMS tak pernah balas. Call selalu voice mailbox.
‘Oh, aku tukar nombor. Jangan marah. Aku minta maaf’
Kasim yang berada di situ rasa janggal.
‘Dah,jangan gaduh-gaduh.’
Wajah Malik yang keruh mula jernih. Drama jejak kasih berakhir. Malik tergelak-gelak.
‘Engkau memang sampai hati buat kawan macam ni.Lan…..Lan.Celaka betul. tapi aku lihat ko lain hari ni.. ‘
‘Apa yang lain?’ Lan buat muka blurr. ‘Teruk ke muka aku? Ye, aku dah kurus sikit’
‘Tak aku nampak ko lebih ceria.. Baguslah.. Itu lebih baik..’ Malik tersenyum..

‘Dah,jangan la wat touching.’ Kasim segera mencelah.
‘huhu, tak sensitif’ Malik bergurau.
Mereka ketawa besar. Sebelum usai majlis perjumpaan, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan alamat masing masing.

Tandas di Hospital Seremban.
Izat membasuh muka. Rambutnya yang kemas terpacak dibasahi air.
Dia sudah tidak sanggup lagi. Anak kecil itu terlalu menderita. Menangis setiap malam. Jiwa Lia tersiksa. Izat tahu itu. Dia dapat merasakan.

Wad pediatric, Hospital Seremban
‘Mama Lia nak makan aiskrim.’ Lia meminta dengan bibir yang pecah merata akibat kesan sampingan.
Lia menghidap leukemia.
Doktor Rizal tersenyum.
Permintaan Lia tidak mungkin di tunaikan.
Lia mungkin dijangkiti selsema atau batuk.

Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.

Doktor Rizal melihat tangan Lia. Dia mengusap-ngusap tangan mulus itu.

Dia tahu ini situasi menyebabkan berlakunya gejala anemia pada terhadap Lia. Keadaan ini juga akan menyebabkan Lia kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Dalam erti kata yang lebih mudah, Lia senang dijangkiti penyakit dan jika terluka, darahnya akan lambat membeku. Pernah sekali jarinya terluka. Lia degil mahu memotong epal. Pisau tajam akhirnya menghiris jari.

Lia menangis. Darah tak henti mengalir. Lia paling takutkan darah.
Rizal mengambil pembalut luka dan tersenyum. Lembut dia membalut luka anak kecil. Lia berhenti menangis. Dia tahu Doktor Rizal orang baik. Doktor itu selalu menemaninya disaat mama sibuk.

Lia menghidap leukemia limfositik akut. Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.
Lia sering menunjukkan tanda tanda seperti pesakit leukemia yang lain. Anemia - pucat, letih dan pendek nafas, mudah jatuh sakit, sakit anggota badan, purpura iaitu ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit, mudah lebam, hidung kerap mengalami pendarahan, hilang nafsu makan dan turun berat badan.
Rizal paling tidak tahan melihat hidung Lia berdarah. Kadang kala Lia menangis kesakitan. Rizal tak tahan melihat. Dia berpaling dari melihat wajah pucat Lia. Tubuh Lia pula amat kurung. Lansung tak berisi. Anak kecil itu amat kasihan, sejak mula lagi.
Kini Lia menjalani kimoterapi.
“Kimoterapi adalah satu kaedah yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat kanser.Ia adalah “magic words” yang sering keluar dari mulut pegawai perubatan dalam menghadapi kanser.Adalah amat penting puan mengetahui maklumat yang sebenar mengenai kimoterapi.” Doktor Rizal menerangkan kepada Puan Has.
Doktor Rizal menyambung, “Kesan sampingan kimoterapi adalah seperti pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.,kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut ,keguguran rambut samaada sebahagian atau keseluruhan, kebas pada tapak tangan atau kaki, perubahan kepada sistem pendengaran, contohnya bunyi bergaung ,sering muntah adakalanya disertai darah, bengkak pada sistem deria atau pada organ badan, peru,bahan kepada warna kulit, mudah dijangkiti penyakit samaada demam,batuk dan sebagainya. Hal ini kerana sistem imun telah binasa, kerosakan pada organ penting seperti jantung, hati, saluran darah. Pesakit juga mungkin menghadapi kelesuan atau tidak bermaya dan hilang selera makan.”
Puan Has menangis.
“Tiadakah cara lain doktor? Saya tak mahu anak saya menderita”
Doktor Rizal menarik nafas. Dadanya seakan tersekat. Berat untuk dia menerangkan.

“Adakalanya simptom-simtom di atas adalah berbentuk sementara dan akan hilang sejurus sahaja rawatan kimoterapi dihentikan. Saya percaya Lia akan kembali sembuh” Doktor Rizal tersenyum palsu. Dia tiada plilihan. Meyakinkan orang lain cukup susah, kerana dirinya sendiri kurang yakin. Apakah Lia akan sembuh? Itu diluar kuasanya. Dia malahan tiada hak. Rizal sedar. Seorang hamba tak berkuasa. Allah adalah yang maha berkuasa atas segalanya.

Selesai memberitahu Puan Has mengenai perkara tersebut, dia ke surau hospital.
Usai solat Zohor, Rizal mengangkat tangan, berdoa.
“Ya Allah. Aku sedar, aku hamba lemah. Aku tak berdaya. Ya Allah, aku sedar, hamba ini selalu meminta-minta. Tapi kali ini makbulkanlah. Sembuhkanlah Lia, Ya Allah”

Hati Rizal sebak. Air mata menitis. Dia menangis.
“Lia, sembuhlah” berbisik sendiri.

Puan Has teringat kembali penerangan Doktor Rizal. Air matanya mengalir. Dia ibu tunggal. Suaminya meninggal dua tahun lepas. Lia adalah satu-satunya anak Puan Has. Dia lebih menyayangi Lia dari nyawanya sendiri.

Mata tak lepas dari wajah Lia. Gadis kecil itu baharu saja berusia lapan tahun. Tapi diuji Allah dengan ujian yang cukup berat. Kasihan Lia.

Puan Has terkenang peristiwa pahit saat kematian suaminya, Rasyid.
‘Abah tengok tu, cantiknya,cantiknya..’
Puan Has menjeling Lia. Anaknya yang baru berusia enam tahun itu memang tak tahu duduk diam. Lia kanak-kanak hiperaktif.
‘Lia, duduk diam-dia. Abah tengah memandu tu. Nanti mama cubit.’ Amaran diberi.
Lia tetap tak peduli. Menggoncang-goncang kerusi abahnya.
‘Abah, tengok tu, cantik’ Mata Lia meliar memerhati sekeliling.

Puan Has menggeleng kepala. Teringat kata-kata rakannya.. Lisa
‘Has, memahami anak hiperaktif penting bagi membantu ibu bapa mengendalikan mereka dengan baik. Anak hiperaktif memang sukar duduk diam’
Lisa memberi nasihat.
‘Aku tahu Lisa. Tapi Lia ni nakal sangat.. tak tahan aku kadang-kadang. Hari tu aku cakap kat Lia jangan masuk bilik air, licin. Tapi budak tu degil jugak. Akhirnya jatuh tersembam, patah gigi.’ Luah Has
‘Has,Has.. sebagai ibu ko kena banyakkan bersabar’
Lisa mententeramkan rakannya.

Tiba-tiba sahaja kereta muncul dari arah bertentangan. Rasyid gagal mengawal kereta. Segalanya terlalu pantas. Puan Has buka mata. Dia di hospital. Cuma cedera ringan.

Dengar sahaja berita suami dan anaknya berada di wad ICU, Puan Has bagai hilang arah. Gila. Tak mungkin kedua-dua orang yang sangat disayanginya sedang bertarung nyawa. Tak. Bohong.
Hakikat tak mungkin sekejam tu, mempermainkan manusia. Tak mungkin.

Kehadiran Lisa amat diperlukan. Puan Has akhirnya dapat berfikir dengan waras.
‘Sabar,Has. Solat hajat dan doa. Moga Allah selamatkan suami dan anak ko’ Lisa beri nasihat.
Puan Has seakan-akan baru terjaga. Ya, Allah. Ampunkan aku. Aku khilaf.

Malam itu, pembedahan ke atas suaminya, Rashid dan anaknya, Lia dilakukan serentak. Puan Has di surau hospital. Solat hajat. Usai sahaja, dia terus angkat dua tangan. Berdoa. Itu sahaja yang mampu.

‘Ya Allah, tuhan sekalian makhluk. Segala puji bagi engkau. Dari Engkau kami datang dan kepada Engkau kami kembali. Ya Allah, suamiku dan anakku sedang diambang kematian. Jika engkau sayangkan keduanya maka aku reda. Tapi Ya Allah aku pinta, aku pohon agar salah seorang mereka dapat menemani aku di dunia ini Ya Allah’

Doa Puan Has di makbulkan Allah.
Telefon bergetar dalam mode ‘silence’. Lisa memanggil.
Puan Has menekan punat hijau. Tangan menggeletar. Hidup atau mati. Selamat atau tidak. Rashid atau Lia..

Persoalan demi persoalan menggasak minda. Puan Has bagaikan mahu pitam.

‘Has, berita baik. Lia selamat..’ suara Lisa jelas.

‘Rashid??’ Puan Has pantas bertanya. Tak sabar.

‘Rashid tak dapat diselamatkan’ suara Lisa masih jelas.

Puan Has tak dapat terima. Rebah disitu. Handset terlepas dari genggaman. Suara Lisa tak kedengaran lagi.
Puan Has syukur dalam hiba. Lia tetap ada..

Lia, permata ibu yang amat berharga.

Hari Perkebumian Rashid
Puan Has tabah. Tak menangis. Lia seakan-akan tak mengerti apa-apa. Lisa tak berhenti memeluk Puan Has. Rakannya itu amat kuat. Kuat kerana Lia.

‘Ya Allah, terima kasih kerana menyelamatkan Lia’ Puan Has bisik dalam dengar dan tidak.

Mulai hari itu Lia satu satunya tempat dia mencurah kasih saying. Apa saja permintaan Lia akan ditunaikan.
Lia, sumber semangat Puan Has. Sejak hari itu tiada lagi keluhan Puan Has mengenai Lia. Dia menerima Lia seadanya. Walau senakal manapun gadis itu.

Puan Has belajar bersyukur. Benarlah. Manusia hanya belajar bersyukur setelah kehilangan sesuatu. Fitrah manusia.

Lisa senang dengan perilaku Puan Has. Ada hikmahnya segala cubaan itu.

Hospital Seremban
Menung panjang Puan Has berhenti. Dia memandang Lia. Menderita. Dada Lia turun naik. Menahan sakit. Dia tahu. Patutkah dia melepaskan Lia? Mungkinkah masa untuk Lia pergi meninggalkannya sudah hampir. Puan Has mengesat air mata. Reda dengan apa saja kemungkinan.

Balai Polis Seremban
Polis Diraja Malaysia
Jalan Cambell,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

‘Irsyad, ada kes bunuh diri kat alamat ni. Gerak jum.’
Irsyad terpinga-pinga.
‘Apa terpinga-pinga lagi tu? Jum lah’ ajak D, kasar.

Irsyad menggeleng.
‘Diana..Diana.. cuba lah jadi macam perempuan sikit..’
‘Memang lah aku perempuan, tak percaya tengok IC. Jantina: perempuan’
‘Meh aku nak cek IC ko. Aku rasa jantina ko, UNKNOWN’
‘Celaka. Siot betul. Nape cakap macam tu?’
‘Yelah, nak kata perempuan perangai macam lelaki. Nak kata lelaki, perempuan. Pejabat Pendaftaran pening kepala, letak UNKNOWN.. haha’
‘Waa… ni dah lebih.. Agak agak sikit’
‘Betul apa. Ko kalau kahwin dengan aku, aku ubah ko jadi perempuan’
‘Pergi mati la’
‘Diana..Diana..’

Rumah Mazlan Muslim

‘Ko rasa apa??’ D bertanya.
Irsyad geleng kepala. No idea.

‘Mangsa bunuh diri. Sebelum tu mangsa ambil dadah halusinogen’
‘Apa dadah halu..’ Irsyad bertanya.
‘contoh dadah:LSD,PCP, dadah rekaan’
‘Kesan Sampingan??’ Irsyad bertanya.
‘Persepsi si pengguna akan berubah, tidak akan berpijak ke alam nyata ,contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau dapat berjumpa dengan tuhan, juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan, emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk, dan dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.

D termenung.
‘Kenapa?’
Geleng.
‘Ada sesuatu yang pelik’
‘Apa dia? Irsyad bertanya.
Geleng lagi.
‘Tak tahu.’

Rumah Mazlan Muslim (malam sebelum Lan membunuh diri)
Ijat baru balik dari hospital. Kerja-kerja pembersihan usai dilakukan. Dia bekerja sebagai pencuci di hospital.
Letih. Lihat adiknya. Lan. Sugul. Ijat tertekan.. di hospital Lia terlantar sakit.. di rumah Lan bagai mayat hidup.. Dunia ini tak ada erti..

Buka peti sejuk.. ambik air.. ubatnya yang didalam kocek diambil.. ubat itu dibawa kemana mana. Fikiran kusut.. akhirnya dia memutuskan mengambil ubat.. Tenang.

Sedar sahaja dia berada di rumah lain. Bukan rumah Lan.

Banglo Doktor Rizal
Usai mandi Doktor Rizal duduk di atas sofa. Rehat.

‘Lia.. anak kecil itu.. sungguh kasihan..’ Doktor Rizal berbisik sendiri.
Dia amat kasihankan anak itu. Terdapat seorang sepertinya. Ijat. Cleaner di hospital.
Anak muda lingkungan 20-an itu selalu menjenguk Lia. Menggembirakan hati Lia.

Sedikit sebanyak kehadiran Ijat menggembirakan Lia.

Doktor Rizal senang dengan kehadiran Ijat.

Hospital Seremban
Ijat sakit kepala. Pening. Tangisan Lia masih terngiang-ngiang di mindanya. Sesuatu harus di lakukan. Picagari berada di tangan. Berisi dadah yang bakal menghapuskan riwayat seseorang dengan begitu senang.

Lia di hadapannya. Terbaring lesu. Lia tiba-tiba buka mata.
‘Doktor Rizal…’ Lia memanggil..
Sangkanya Doktor Rizal datang, memberinya ubat tahan sakit seperti selalu. Ijat mulai panik. Tapi cuba bertenang.
‘Lia, tidur sayang. Sebentar lagi Lia akan tidur dengan tenang’ Ijat bisik halus.

Lia memejam. Jarum picagari terus masuk dalam lengan kecil Lia.

Dadah membunuh mengalir di seluruh tubuh. Lia berhenti bernafas. Tenang. Ijat tarik nafas lega.
Tak ada lagi penderitaan Lia. Dia beredar.

Tak sampai 30minit kemudian, Doktor Rizal sampai. Memeriksa Lia. Parah. Anak kecil tak bernafas.
Jantung Rizal bagai berhenti berdegup. Lia sudah tiada. Tangan ketar menekan nombor Puan Has.
‘Assalamualaikum. Puan Has. Tolong datang ke hospital sekarang. Mengenai Lia.’ Perbualan telefon dimatikan.

Puan Has tiba. Berat mulut Doktor Rizal untuk menyatakan.

‘Puan Has, Lia sudah tiada. Dia berhenti bernafas setengah jam lalu’ Berat di bahu yang amat berat seakan lepas.

Tapi keadaan Puan Has berbeza. Dia seakan tabah. Air mata ibu namun mengalir jua.

‘Lia..’

Ijat memerhati mayat Lia. Penderitaan anak kecil berakhir. Tarik nafas lega. Aku tak bersalah. Lia tak harus menanggung penderitaan terlalu lama.

Rumah Kasim
Kasim baru balik dari surau. Rehat dan tenang. Kematian Ros masih segar di ingatan.

Malam Kematian Ros
Kasim tarik nafas. Letih melayan tetamu. Ros baru sahaja duduk.

Isterinya sangat cantik.

Tiba-tiba satu jasad muncul dari bilik air. Kepala Kasim di pukul dengan kayu.
Darah mengalir. Kasim tersungkur. Ros mahu menjerit. Tenggelam. Pisau dibenam di perut Ros.

Kasim melihat. Samar. Ros ditikam. Tak mampu lihat jelas siapa. Dia tak berdaya bangun paksa diri.
Berjaya bangun.

Menerpa kearah lembaga hitam..

‘Kau, siapa?’ Kasim tak berdaya melawan.. disepak, diterajang..

Lembaga hitam bersuara. Garau.

‘Tak kenal? Kita kan sekelas. Khalid al-Walid. Tak ingat?’

Kasim pengsan. Lembaga hitam melarikan diri. Meninggalkan Kasim yang pengsan. Ros sudah tak bernyawa. Darah merah pekat mengalir tak henti dari tubuh Ros.

Kasim mulai bingung. Memikir. Dia seorang pegawai polis. Akhirnya. Klu paling penting mengenai kematian Ros berjaya di peroleh.
‘Pembunuh, kau akan mati!’ Kasim bisik sendiri.

Pejabat Peguam
Malik merungut.
‘Overtime lagi.’
Jam sudah pukul 9 malam. Pekerja lain sudah bersantai dirumah menikmati hidup. Dia, termenung menghadap laptop. Paparan mengenai kes yang bakal di bela. Anak guamannya terbabit dengan kes berat.
Euthanasia.

Google. Maksud kamus oxford. Perihal mencabut nyawa dengan lembut kerana kasihan, terutama untuk menamatkan siksa kerana penyakit.

‘Ngaa. Aku dah keletihan’ Kasim merungut lagi..
Syafik pula tenang.

Bangun dari kerusi. Menggeliat.

Pandang Malik. Ketawa.
‘Rileks, bro. haha. Macam ni baru boleh hidup senang. Kerja bagai nak mati dulu’
Syafik bersuara.

‘Lepas ni kita pergi makan. Aku lapar.’ Malik mengajak.
‘Ok. Turn aku belanja’ Syafik menjawab.

Malik meraup muka.
Handset tiba-tiba berbunyi.

Nama terpapar di skrin. Kasim memanggil.

‘Assalamualaikum. Malik,kau kena tolong aku’
‘Waalaikumussalam. Tolong?’
‘Aku dah tahu cara untuk siasat pembunuh Ros’
‘Macammana?’ Malik tanya. Berminat.
‘Reunion Khalid al-Walid. Fasa kedua’ suara Kasim jelas.

Hanset dimatikan. Mengeluh, lagi.
‘Kenapa?’ Syafik bertanya
‘Jom makan. Sementara boleh.’
‘Kenapa cakap macam tu?’ Syafik bertanya.
‘Nampaknya aku overtime penuh dalam masa terdekat ni’ Malik menjawab. Satu tekad ditanam.

Kes pembunuhan Ros akan diselesaikan secepat mungkin!

Satu Titik Noktah
Bab satu.. (darah halal) berakhir..
bersambung...........
written:by fatimah zahra

0 comments:

Post a Comment